Sabtu, 15 Maret 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » » » » » » » » Liow ‘lemah’ dan tidak layak pimpin MCA mesti letak jawatan dengan saya kata Dr Chua

Liow ‘lemah’ dan tidak layak pimpin MCA mesti letak jawatan dengan saya kata Dr Chua

OLEH EILEEN NG
October 11, 2013

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar) bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden MCA akan tetapi mahukan Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk melakukan perkara yang sama supaya parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dapat diberikan nafas baru.

Dr Chua mengatakan Liow tidak layak untuk memimpin parti itu kerana beliau terlalu “lemah.”
“Saya bersedia untuk letak jawatan tetapi Liow perlu lakukan perkara yang sama. Beliau bukan seorang pemimpin yang sesuai untuk MCA dalam waktu mencabar ini.


 “Beliau lemah dan tidak boleh membuat keputusan,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Kedua-dua Dr Chua dan Liow berperang mulut sejak sebulan lalu dengan Liow memanggil ketuanya itu “ahli politik tercalar” dan “diktator.” – 
 
 11 Oktober, 2013.
The Malaysian Insider

Tidak ada komentar:

Posting Komentar