Jumat, 28 Februari 2014

Replika Hewan Dari Barang Bekas


 
sumber



Orignal From: Replika Hewan Dari Barang Bekas

ReadFull Article ..

Kamis, 27 Februari 2014

Azmin gesa rakyat Sabah berani buat perubahan

(Oleh: Norutul Ilham)

LABUAN 15 September: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, menggesa rakyat Sabah supaya berani membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 demi menyelamatkan negara daripada terus dibinasakan Umno Barisan Nasional (BN).

Berucap di Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah semalam, beliau mahukan rakyat Sabah membuktikan kepada kerajaan Umno-BN bahawa kebangkitan rakyat tidak dapat dihalang demi perubahan.
“Bangun bawa perubahan dalam pilihan raya akan datang, jangan takut, takut atau tidak? Ini hak kita, Labuan, Malaysia kita punya.
“Ini saya nak minta orang Labuan lakukan sesuatu, pilihan raya sudah dekat, kita kena bawa perubahan, saya yakin hari ini semangat rakyat Malaysia sama ada Sabah  atau Sarawak atau Labuan saya yakin bahawa Pakatan Ra

Kata beliau, tiada guna lagi rakyat Sabah memilih Umno BN kerana parti itu langsung tidak bertanggungjawab, malah menindas rakyat dengan pelbagai cara.
“Saya yakin, kerana sebab kita bertanggungjawab untuk selamatkan rakyat dan ekonomi kita. Harga (barang) di Labuan terlalu mahal, kalau dulu orang Kinabalu datang, Brunei pun datang beli barang di Labuan, sekarang orang Labuan kena pergi ke Sabah beli barang, mengapa Najib tidak timbang masalah ini, kenapa Rosmah tidak faham masalah rakyat di Labuan?

“Sudahlah gaji minima pun tidak dapat, tapi Najib tidak peduli pun. Percayalah bila Pakatan Rakyat diberi amanah, kita akan pastikan gaji minima dilaksanakan kepada pekerja-pekerja dalam negara ini,” katanya.
Azmin dan pimpinan PR berada di Sabah bagi lawatan sempena sambutan Hari Malaysia ke-49 dan dijadualkan akan ke Sarawak.

Hadir sama, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bakal memberikan impak kepada pengundi Sabah dalam misi menumbangkan kerajaan Umno BN.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
ReadFull Article ..

Rabu, 26 Februari 2014

Tiga Calon Raja Tunggu Ratu Elizabeth Turun Tahta

 23 Julai 2013
Ratu Elizabeth dengan Pangeran Charles dan Pangeran William (Foto: News)  
Ratu Elizabeth dengan Putera Charles dan Putera William (Foto: News)
 
LONDON – Kelahiran bayi laki-laki Putera William dan Kate Middleton menjadi peristiwa unik bagi Kerajaan Inggeris. Kini ada tiga calon raja yang menunggu untuk menggantikan Ratu Elizabeth.

Bayi William dan Kate berada pada urutan ketiga sebagai penerus tahta Kerajaan Inggeris. Dia berada di belakang Putera Charles dan Putera William sendiri.

Hal serupa terjadi pada masa Ratu Victoria. Raja Edward VII, Raja George V dan Raja Edward VIII sempat hidup pada masa kepemimpinan sang Ratu. Ratu Victoria memang dikurniakan umur yang panjang.

“Jangka hidup pemimpin kerajaan menjadi semakin lama sehingga penerusnya naik tahta pada umur yang lebih tua,” ujar ahli konstitusi Inggeris, Robert Hazell, seperti dikutip Sky News, Selasa (23/7/2013).

“Lihat saja Putera Charles. Dia seharusnya sudah memasuki masa bersara, namun kini dia masih menjadi seorang putera,” lanjut Hazell.
(ade)okezone
ReadFull Article ..

Selasa, 25 Februari 2014

Ritual Unik Mendoakan Jarum di Jepun Menghargai jasa jarum

11 April 2013

Ada sebuah ritual unik bernama Hari Kuyo di Jepun.
Jepun memang dikenali sebagai negara yang memiliki beberapa ritual yang unik yang jarang ditemukan di negara lainya. Salah satunya adalah ritual untuk mendoakan jarum jarum yang sudah tidak digunakan lagi.
Ritual untuk mendoakan jarum ini sebenarnya diadakan untuk menghormati jarum jarum yang sudah tidak digunakan untuk mengenang menghargai jasa jasa jarum yang telah banyak membantu manusia dalam menjahit baju yang koyak.
Ritual untuk mendoakan jarum ini biasa diadakan setiap tanggal 8 Februari tiap tahunnya yang diadakan di sebuah kuil. Diperkirakan ritual mendoakan jarum ini sudah ada sejak ratusan tahun yang lalu.
Para peserta ritual yang mengikuti ritual ini akan menggunakan baju kimono berwarna warni dan tidak lupa membawa jarum jarum yang sudah tidak digunakan lagi.
Selama ritual berlangsung jarum jarum yang tidak digunakan akan dipacakkan disebuah tahu putih hal ini sebagai bentuk kesucian dan kelembutan. Kebanyakan yang mengikuti ritual ini adalah kaum wanita kerana wanita yang paling sering menggunakan jarum.
Namun sayangnya para pemuda Jepun saat ini sudah tidak mau lagi mengikuti ritual ini.

http://goo.gl/GCJid
Ritual Unik Mendoakan Jarum di Jepang (Gambar 1) Ritual Unik Mendoakan Jarum di Jepang (Gambar 2)
Klik gambar untuk perbesar
ReadFull Article ..

Sabtu, 22 Februari 2014

Asal Mula Kata SPAM


Kata “spam” berasal dari SPAM. Ya iyalah! Sebentar… SPAM itu kependekan dari Spiced Ham. SPAM adalah merek daging kalengan. Kok bisa nama daging kalengan dipakai untuk menyebut e-mail sampah?

Kisah ini menurut Internet Society, sebuah organisasi non-profit yang memberikan pengarahan dalam hal standar, pendidikan, dan kebijakan bidang internet.
Tahun 1970-an acara komedi di BBC Monty Phyton’s Flying Circus menampilkan sketsa berjudul Spam. Sketsa itu berlatar kafe dengan daging kalengan bermerek SPAM sebagai salah satu pilihan dalam menu. Dalam sketsa itu, ketika pelayan membacakan SPAM di menu, muncullah lagu latar belakang yang diserukan oleh orang-orang Viking, “SPAM, SPAM, SPAM, SPAM, lovely SPAM! Wonderful SPAM!”

Rasanya, sudah bisa ditebak kan kenapa kata-kata itu bisa berarti seperti sekarang?
Tahun 1980, istilah itu dipakai dalam buletin online dan dalam Multi-User Dungeon (MUD), sebuah ruang virtual yang berisi banyak orang. Ketika itu orang bisa mengulang-ulang kata “Spam”, menirukan sketsa Monty Phyton. Pada ruang ngobrol People Link atau pada masa awal AOL, kutipan dari sketsa di BBC tersebut sering memenuhi layar.

Spam sempat berupa “seni ASCII”–salah satu tinjauannya adalah gambar yang dibuat dari angka, huruf, serta karakter lain. Gambar dari ASCII itu bisa memenuhi layar. Orang di dalam suatu ruang ngobrol sering memakai gambar ASCII untuk “mengusir” pendatang baru sehingga obrolan para anggota lama bisa dilanjutkan. Gambar ASCII juga sering dipakai untuk perang di ruang obrolan. Dulu, komunitas Star Wars sering menyerang ruang ngobrol komunitas Star Trek dengan gambar ASCII–begitu juga sebaliknya. Serangan sukses ketika orang-orang yang diserang pergi dari ruang ngobrol. Serangan ini dulu terkenal juga dengan istilah “membanjiri” (flooding) atau “menyampah” (trashing).

Tahun 1993, sebuah peranti lunak untuk eksperimen melepaskan lusinan pesan ke dalam newsgroupnews.admin.policy. Tahun 1998, Entes Oxford menambah definisi spam dengan “Pesan tanpa arti atau tak pantas yang dikirim di Internet pada sejumlah newsgroup atau pengguna.”

sumber
ReadFull Article ..

Jumat, 21 Februari 2014

Noorshila Amin Cedera Disambar Gas Bocor


HAMPIR seluruh bahagian kiri tubuh penyanyi Noorshila Amin disambar api berpunca daripada tong gas terbocor di kediaman anak sulungnya, Nurrul Admiena Norrizan di Kepong pada Sabtu lalu.

Noorshila, 49, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 petang itu membuatkan anggota kiri badannya termasuklah wajah, tangan dan kaki melecur.

“Ketika itu saya sibuk nak masak rendang bersempena dengan majlis rumah terbuka di rumah Admiena dan tidak sedar pula yang tong gas terbocor.

“Tiba-tiba sahaja ketika mahu mencapai barang masakan yang berdekatan dengan tong gas itu, api terus menyambar sehingga membuatkan muka dan badan saya melecur,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.

Tambah Noorshila, dia terus ke sebuah klinik di Selayang bagi mendapatkan rawatan dan kejadian itu juga membuatkan dia terpaksa membatalkan undangan persembahan yang diadakan pada sebelah malamnya (hari yang sama).


Ditanya bagaimana keadaannya sekarang, Noorshila masih lagi sukar untuk menggerakkan bibirnya namun mengambil sikap positif dengan melakukan aktiviti harian dan bercakap seperti biasa.

“Kalau nak ikutkan memang rasa sakit sangat terutama pada bahagian bibir dan wajah yang semakin tegang gara-gara melecur. Malah kening saya pun dah tidak ada.

“Apa-apapun saya menunggu wajah ini sembuh dahulu sebelum mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan saya yang merupakan seorang pakar kecantikan,” ujarnya.

Sementara itu, Noorshila berkata, kejadian yang telah berlaku memberikan pengajaran yang besar buatnya agar sentiasa berhati-hati dengan memeriksa tong gas dahulu sebelum memasak.

“Kita memang perlu berhati-hati dengan setiap perkara yang ingin dilakukan, termasuklah memeriksa tong gas sebelum memasak.

“Selain itu, ia juga sedikit sebanyak menginsafkan diri saya yang dapat merasai derita orang lain yang ada diantaranya, tubuh badan mereka terbakar lebih teruk daripada apa yang berlaku pada diri saya.

“Mujurlah api yang disambar tidak terlalu kuat. Kalau tidak, saya pun tak tahu apa akan jadi,” ujarnya.

Dalam pada itu dia juga bersyukur kerana tidak berasa trauma dan hanya menjalankan rutin hariannya seperti biasa

Selain Admiena, 29, Noorshila turut mempunyai tiga orang anak iaitu Nurrul Nadia, 27, Mohd. Daniel Durrany, 20, dan Mohd. Banni Basyishar, 18. – mStar

ReadFull Article ..

Kamis, 20 Februari 2014

Ceroboh Lahad Datu Tujuh warga Filipina dan seorang anggota polis didakwa

sinarharian
1 April 2013
Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
LAHAD DATU - Tujuh warga selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan  pengganas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tujuh lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 63 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan di  hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.

Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.
Lima tertuduh didakwa terhadap dua pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121  Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan menjadi ahli kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Seorang lagi tertuduh menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 121, 130KA dan Seksyen 130E iaitu merekrut orang  sebagai ahli kumpulan pengganas atau untuk menyertai perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda dan Seksyen 130K iaitu melindungi orang yang melakukan perbuatan pengganas yang membawa  hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda atau penjara maksimum 20 tahun dan boleh denda jika sabit kesalahan.

Seorang lagi tertuduh pula menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 130KA.

Pendakwaan diketuai Ketua Unit Pendakwaan Sabah Jamil Aripin dan Timbalan Pendakwa Raya Lahad Datu Shukor Abu Bakar.      mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Acara Jenayah bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.
Sementara itu seorang anggota polis berpangkat Koperal juga didakwa di  tempat sama Jumaat lepas mengikut Seksyen 130M iaitu dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang membawa hukuman penjara  maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Ini menjadikan sehingga hari ini 16 orang didakwa di mahkamah. Pada 20 Mac lepas, lapan warga Filipina didakwa di tempat  sama mengikut Seksyen 121 dan Seksyen 130KA dan sehari selepas itu kes berkenaan disebut di Mahkamah Tinggi Tawau.

Kes itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi 12 April ini bagi mengetahui perkembangan perbincangan Peguam Negara  dengan Persatuan Undang-Undang Sabah, Majlis Peguam dan kerajaan Filipina berhubung khidmat guaman yang akan diberikan kepada tertuduh. - Bernama
ReadFull Article ..

Rabu, 19 Februari 2014

Wanita Indonesia dicekup berkhalwat dengan Lelaki Bangladesh

RABU, 25 JANUARI 2012



AMPANG -Berperwatakan menarik, hidung pula mancung bak pelakon ternama Bollywood! Mungkin itulah persona dimiliki seorang lelaki warga Bangladesh sehingga membuatkan wanita tidak keruan.

Berbekalkan kelebihan yang ada, daya penarik itulah digunakan untuk memikat kaum hawa tanpa mengira status mangsa sama ada bujang atau isteri orang.

Malangnya, hubungan terlarang pastinya tidak berpanjangan dan itulah yang berlaku kepada pasangan kekasih di sebuah hotel bajet di sini, awal pagi semalam.

Hubungan intim seorang wanita warga Indonesia berstatus isteri orang dengan seorang warga Bangladesh sejak enam bulan lalu hingga terlanjur ke bilir tidur berakhir selepas dicekup penguat kuasa agama.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, wanita berusia 34 tahun dan teman lelakinya berusia 30 tahun itu hanya memakai tuala ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah menyerbu bilik hotel berkenaan.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu berkenalan dengan lelaki terbabit yang bekerja sebagai kontraktor mengubah suai rumah majikan wanita berkenaan.

“Difahamkan wanita yang mempunyai empat anak itu lari daripada majikannya, manakala suaminya tinggal di Indonesia bersama anak mereka,” katanya.

Pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
ReadFull Article ..

Selasa, 18 Februari 2014

1 5 juta belia dapat rebat RM200 beli telefon pintar 3G


GOLONGAN muda berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dapat membeli set telefon pintar dengan harga lebih murah pada tahun depan di bawah program Bajet 2013.


KUALA LUMPUR – Seramai 1.5 juta belia di negara ini akan menikmati rebat sebanyak RM200 secara sekali bayar bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G yang bertujuan membuka akses untuk golongan itu kepada lebuh raya maklumat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pakej khas itu yang akan diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telekomunikasi terbuka kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

“Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM300 juta bagi pelaksanaan rebat ini,” jelas beliau ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat semalam.

-kosmo-
ReadFull Article ..

Senin, 17 Februari 2014

Naib Presiden Salahuddin Tuan Ibrahim dan Husam

SHAH ALAM: Salahuddin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa dipilih sebagai Naib Presiden PAS bagi sesi 2013-2015 pada Muktamar Tahunan PAS ke-59.
Salahuddin memperolehi 917 undi, Tuan Ibrahim (849) dan Husam (520).
Dua calon lagi, Datuk Mahfuz Omar memperolehi 504 undi dan Datuk Abu Bakar Chik (364).

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi jam 10.50 pagi ini.
Jelasnya, jumlah perwakilan yang berdaftar ialah 1,129 sementara yang mengudi 1,086 dengan enam undi rosak.
ReadFull Article ..

Minggu, 16 Februari 2014

Nostalgia Game Tembak tembakan 2D Terkenal Jaman Dulu


Sebelum memasuki era game 3D, dulunya game masih berformat 2D dengan gerakan yang sangat terbatas. Game tembak-tembakan banyak yang bergenre scrolling shooter karena emang gerakannya cuma bisa ke kanan dan ke kiri (kadang ke atas sih). Tapi, game-game tersebut gak kalah seru dari game-game canggih sekarang. Masih pada inget gak sama game-game ini?

Metal Slug

Game tembak-tembakan yang cukup terkenal belakangan ini. Ibaratnya, anak muda sekarang pasti pernah liat atau main game ini. Formula sukses game tembak-tembakan semuanya diterapin dengan baik di game ini: milih karakter, grafis lucu dan beragam tembakan. Rusuh deh pokoknya.

MegaMan

Campuran antara tembak-tembakan dengan ketangkasan jempol. Selain nembak musuh dan menghindar dari pelurunya, Ente juga harus lelompatan kesana kemari untuk menyelesaikan tiap stagenya. Seringkali diwarnai dengan teks inggris yg seperti di google translate langsung dari teks jepang, mengtinjauankan teriakan japanlish seperti misalnya "weapon get!" bila Ente bertinjauan mendapatkan senjata baru.

Raiden DX

Tembak-tembakan 2D vertikal ini terkenal sebagai game pesawat-pesawatan yang cukup mengasyikkan dan menantang. Game ini memiliki empat pilihan senjata yang menarik, dengan senjata ungu menjadi yang paling populer karena bisa bergerak sendiri mengincar musuh. Yang seru adalah tembakan Ente bisa "dimaksimalkan" dengan cara menekan tombol tembakan secepat mungkin, karena pada kecepatan tinggi maka tembakan Ente akan berubah jadi tembakan ultimate tergantung warnanya. Jari anak-anak banyak yang jadi korban game ini.

Contra

Salah satu mbahnya game tembak-tembakan. Idola jaman nintendo. Sama seperti formula game tembakan lainnya, jenis tembakan yang beragam ada di sini. Tembakan jenis "S" nampaknya cukup populer karena pelurunya nyebar, sementara "L" kurang berguna karena jaraknya pendek. Kalo Ente penasaran dengan lirik lagu "Anyone else but you"-nya Moldy Peaches maka "Up, up, down, down, left, right, left, right, B A start. Just because we use cheats doesnt mean were not smart" adalah cheat Contra untuk dapetin 30 nyawa.

Sunset Riders.

Petualangan Billy dan Cormano mengalahkan para gembong penjahat untuk mendapatkan duit imbalan. Level yang tersedia begitu inovatif dan tidak monoton. Ente bisa rebutan mengambil power up, melempar balik dinamit, dan di setiap akhir stage sebelum bos Ente bisa menyelamatkan cewek yang disekap para penjahat. Oyeah.
Demikianlah, ada tambahan lain?
ReadFull Article ..

Sabtu, 15 Februari 2014

Azwan Bakal Dedahkan Kenyataan Ummi Pasal Najib



Tiba-tiba ‘timeline’ laman sosial Twitter penulis penuh dengan ‘tweet’ Azwan Ali.
Rupa-rupanya, selebriti ‘panas’ yang baru pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Ramadhan lalu tengah ‘naik angin’ dengan sebuah stesen televisyen.

Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan Azwan menerusi Twitter miliknya, dia mengatakan stesen televisyen tersebut seperti sengaja memporak-perandakan keluarganya.

Bagi penulis, itu hak Azwan untuk memberi sebarang kenyataan kerana itu melibatkan keluarganya.
Selepas beberapa minit kemudian, ‘timeline’ penulis dikejutkan dengan tweet Azwan yang berbau sedikit berunsur politik.

Azwan seperti mempunyai agenda yang tersirat apabila dia dikatakan akan mendedahkan ‘sesuatu’  selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen.

Memetik kenyataan menerusi akaun Twitter milik Azwan, dia akan mendedahkan kenyataan adiknya, Ummi Hafilda berkenaan Najib pada petang 4 Mei lalu di rumah ibu mereka, Hajah Che Tom.

Kenapa perkara tersebut perlu di canang selepas parlimen dibubarkan dan bukan sekarang?

Nampaknya, pergeseran dalaman keluarga mereka semakin ‘hangat’.

Namun, ramai yang sedia maklum bahawa Azwan merupakan artis yang penuh dengan pelbagai kontroversi dan tidak menjadi pelik jika isu sebegini timbul.

Penulis sangkakan isu antara Ummi dan Azwan sudah selesai setelah mereka berdamai tempoh hari.
Rupanya tidak!

Sebelum ini, Azwan telah memohon maaf kepada Ummi pada 18 Januari 2012 setelah dia mengugut untuk membunuh dan membakar Ummi menerusi kenyataan twitter miliknya.

Apa-apa pun, penulis akan meminta maklumbalas dari Ummi Hafilda dan Azwan Ali berkenaan isu tersebut.

Jangan pula kali ini Azwan akan membuat kenyataan seperti dahulu yang mengatakan dirinya telah dihasut oleh segelintir pihak yang mempunyai agenda tersirat. [MyNewsHub]

ReadFull Article ..

Jumat, 14 Februari 2014

Rendang Nasi Goreng dan Sate Masuk Daftar Makanan Paling Enak Di Dunia

Rendang, Nasi Goreng dan Sate Masuk Daftar Makanan Paling Enak Di Dunia

Dengan banyaknya jenis makanan yang beragam dari berbagai dunia, budaya, bahan makanan dan faktor lainnya, makanan apa sih yang paling enak di dunia?

Situs travel terkenal, CNN, sebelumnya pernah merilis artikel 50 makanan paling enak di dunia. Namun banyak reaksi negatif pembaca yang mengatakan daftar tersebut tidak valid.

Oleh karena itu, CNN kembali membuka polling di Facebook, dan survei menunjukkan rendang sebagai makanan paling enak di dunia, diikuti nasi goreng di posisi ke dua dan sate di posisi 11.

Berikut tinjauan survei CNN tentang 50 makanan paling enak di dunia.

1. Rendang (Indonesia)
2. Nasi goreng (Indonesia)
3. Sushi (Jepang)
4. Tom yam goong (Thailand)
5. Pad thai (Thailand)
6. Som tam (Thailand)
7. Dim sum (Hong Kong)
8. Ramen (Jepang)
9. Bebek peking (China)
10. Massaman curry (Thailand)
11. Lasagna (Italia)
12. Kimchi (Korea)
13. Chicken rice (Singapura)
14. Sate (Indonesia)
15. Es krim (AS)
16. Kebab (Turki)
17. Gelato (Italia)
18. Croissant (Prancis)
19. Green curry (Thailand)
20. Pho (Vietnam)
21. Fish and chips (Inggris)
22. Egg tart (Hong Kong)
23. Bulgogi (Korea)
24. Fried rice (Thailand)
25. Cokelat (Meksiko)
26. Penang asam laksa (Malaysia)
27. Tacos (Meksiko)
28. Barbecue pork (Hong Kong)
29. Chili crab (Singapura)
30. Cheeseburger (AS)
31. Fried chicken (AS)
32. Lobster (global)
33. Seafood paella (Spanyol)
34. Shrimp dumpling (Hong Kong)
35. Neopolitan pizza (Italia)
36. Mo nam tok (Thailand)
37. Potato chips (AS)
38. Warm brownie dan es krim vanilla (global)
39. Masala dosa (India)
40. Bibimbap (Korea)
41. Galbi (Korea)
42. Hamburger (Jerman)
43. Fajitas (Meksiko)
44. Laksa (Singapura)
45. Roti prata (Singapura)
46. Sirup maple (Kanada)
47. Fettucini alfredo (Italia)
48. Parma ham (Italia)
49. Lechon (Filipina)
50. Gui cuon (Vietnam)

Dari semua makanan di atas, mana yang kesukaan Anda?
ReadFull Article ..

Kamis, 13 Februari 2014

Bayar 35 dollar Australia hanya untuk dipeluk

SYDNEY MORNING HERALD

Bayar Rp 347 Ribu, Boleh Dipeluk Tapi Tak Ada Seks
SYDNEY MORNING HERALD
ILUSTRASI 

TRIBUNNEWS.COM - Seorang perempuan bernama Janeen Sonsie rela membayar 35 dollar Australia  hanya untuk mendapat pelukan dari sekelompok orang asing. Demikian diberitakan Sydney Morning Herald, Minggu (9/9/2012).

"Ada tiga lelaki yang mengurut saya dan sungguh menyenangkan," kata perempuan berusia 50-an tahun ini yang bekerja sebagai konsultan penjualan dan pelatih bisnis. Awalnya, dia mengaku ketakutan saat tiba namun kemudian senang kerana semua orang yang bekerja sangat menghargai satu sama lainnya.

Bisnis pesta saling berpelukan ini sudah menjadi fenomena baru. Sonsie adalah satu dari 20 orang yang menghadirinya. Tak ada hubungan seks dan hanya diperbolehkan memeluk, memijat, satu sama lain.

Bisnis ini dibuat oleh lembaga konsultan hubungan asmara asal Amerika Syarikat . Pesta pertama dilakukan di New York tahun 2004. Dua tahun kemudian, cabangnya dibuka di Melbourne, Australia, namun ditutup kerana pengasasnya sakit.

Pada tahun 2008, konsultan hubungan asmara dan pelatih masalah kehidupan yang hanya ingin diketahui dengan nama Marus, membuka kembali bisnis ini dan kemudian melebarkan sayapnya ke negara bagian NSW dan Queensland.
Pesta pertama menarik puluhan orang dan kemudian disusul ratusan lainnya pada pesta berikutnya. Kini, totalnya, ada sekitar 1.000 orang yang sudah berpartisipasi ."Ini terus bertumbuh dan saya melakukan pesta pertama di Sydney Oktober nanti dan akan disusul di negara bagian lain," katanya.
ReadFull Article ..

Rabu, 12 Februari 2014

Mustafa Penganjur forum tolong ‘betulkan’ Pas ahli bermasalah

sinarharian
11 November 2012
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
SHAH ALAM – Pas Pusat menyifatkan segelintir ahli Pas Selangor menganjurkan satu forum semalam, yang secara terbuka mendesak parti itu kembali ke landasan asal perjuangan termasuk mengkaji semula hubungan dengan DAP, sebagai golongan bermasalah.
Malah, parti itu juga mendakwa penganjuran program sedemikian satu “fenomenabiasa” menjelang pilihan raya umum.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, ada di antara mereka yang hadir merupakan ahli yang telah dipecat atas masalah disiplin dan ada yang ditolak sendiri oleh ahli-ahli Pas di bahagian masing-masing.
“Saya tidak mahu mendedahkan punca mengapa ada sebahagian daripada peserta program itu dipecat kerana tidak mahu mendedahkan aib orang lain.

“Saya tidak terkejut dengan penganjuran program seumpama itu memandangkan kita sekarang berada hampir dengan pilihan raya,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Mustafa menambah, “parti lawan akan sentiasa mencari jalan untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap parti lawannya.”
“Sebenarnya, tindakan mereka itu  secara tidak langsung menunjukan mereka sudah menjadi alat Umno dan pemimpin-pemimpin dalam Pas sudah faham mengeni perkara ini,” katanyalagi.
Semalam, beberapa ahli Pas Selangor telah menganjurkan satu forum bertajuk Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asaldi  Kuala Lumpur.

Program tersebut menampilkan dua sesi perbincangan.
Sesi pertama bertajuk Mengimbau Nostalgia Kegemilangan Pas dibarisi bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Muslim Osman dan bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha serta moderator Pakar runding Akademi Aidit, Datuk Aidit Ghazali.

Sementara itu, untuk sesi kedua pula bertajukMerealisasikan Saranan Mengembalikan Pas ke Landasan Asal dibarisi Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Yusof Muhammad dan pengamal media, Mohd Reza Kamaruddin.

Pengurus Besar Operasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Dr Shamsuddin Monerbertindak sebagai moderator.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) turut menyampaikan ucapan pada forum sehari itu.

Norman, yang juga Setiausaha Agung Jati, memberitahu Sinar Harian Online Hasan berucap atas permintaan peserta forum.
Forum itu meluluskan 11 resolusi, yang antara lain turut menyentuh mengenai hubungan Pas dengan DAP dan PKR.
Antara perkara yang disebutkan ialah dalam sistem Tahaluf Siyasi, Pas mesti menjadi parti peneraju bukan mengikut telunjuk DAP dan PKR.

Turut disebut, pemimpin Pas tidak seharusnya terlalu menyanjung pimpinan DAP dan PKR dalam masa sama menghina pimpinan sesama Islam.
Parti itu turut disarankan untuk mengkaji segera hubungannya dengan DAP dan PKR serta jika perlu mengadakan muktamar khas memandangkan pimpinan parti-parti tersebut telah menggelincirkan halatuju Pas untuk menegakkan  Islam dan melaksnakan hudud.
Ketika diminta mengulas mengenai resolusi itu, Mustafa berkata, perkara-perkara yang disebutkan itu tidak timbul dan Pas masih menetapkan pendirian untuk terus bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Pas akan terus bersama-sama Pakatan Rakyat,” tegas beliau.
Bagaimanapun, tambah Mustafa, sekiranya mereka ingin menyampaikan cadangan itu pada Muktamar Pas yang akan berlangsung minggu depan di Kelantan, ia boleh disalurkan melalui perwakilan.
Katanya, “muktamar berhak menyampaikan apa sahaja cadangan pada muktamar nanti. Cuma saya percaya cadangan seperti itu mungkin tidak akan diterima.”
ReadFull Article ..

Selasa, 11 Februari 2014

10 Type Kondom dan Sensasinya


Fungsi kondom sebenarnya bukan sekadar sebagai alat KB atau pengaman saja. Anda bisa menjadikan kondom sebagai bagian dari foreplay agar suasana bercinta menjadi berbeda. Apalagi saat ini kondom tersedia dalam beragam tekstur dan aroma. Agar Anda tidak bingung memilihnya berikut jenis-jenis kondom yang banyak beredar di pasaran.

1. Kondom dengan aroma dan rasa

blog-apa-aja.blogspot.com
Sensasi: Anda bisa memilih aroma favorit, seperti cokelat, stroberi, durian, pisang dan mint. Sesuaikan dengan selera Anda dan pasangan agar aktivitas bercinta makin hot.
 
2. Kondom berulir (ribbed condom)
blog-apa-aja.blogspot.com
Sensasi: jenis satu ini memiliki keunikan di bentuknya yang berulir untuk menambah kenikmatan Anda dan pasangan.

3. Kondom ekstra tipis (extra thin)
blog-apa-aja.blogspot.com
Sensasi: tipe satu ini berbahan karet dengan ukuran yang sangat tipis. Altinjauan, Anda dan suami bercinta seakan-akan tanpa menggunakan kondom.

4. Kondom bintik (dotted condom)
blog-apa-aja.blogspot.com
Sensasi: tipe ini dengan bintik-bintik di sekitarnya yang bisa menimbulkan efek mengejutkan bagi wanita.

5. Kondom ekstra pengaman (extra safe)
blog-apa-aja.blogspot.com
Sensasi: jenis ini memiliki tambahan lubrikan, serta mengandung perlindungan ekstra untuk mencegah kehamilan.

6. Kondom wanita
Sensasi: Kondom yang juga berbahan lateks atau poliuretan, sehingga elastis dan fleksibel, kondom ini lebih menimbulkan sensasi atau rangsangan. Terutama bagi pria yang kurang suka memakai kondom.

7. Kondom twist
Sensasi: tipe ini didesain secara khusus untuk menstimulasi area sensitif Anda dan pasangan.

8. Kondom getar
blog-apa-aja.blogspot.com
Sensasi: kondom ini dilengkapi dengan cincin getar di bagian ujungnya. Kondom yang menggunakan baterai khusus untuk menggerakkan cincin getarnya ini bisa bertahan hingga 30 menit.

9. Kondom baggy
blog-apa-aja.blogspot.com
Sensasi: tipe ini bentuknya agak membesar di bagian ujung serta memiliki ulir di bagian badannya, untuk untuk memaksimalkan gerakan saat bercinta.

10. Kondom dengan tambahan obat kuat
blog-apa-aja.blogspot.com
Sensasi: jenis kondom satu ini dilengkapi dengan lubrikan yang mengandung obat kuat. Tertarik untuk mencoba?

sumber 
ReadFull Article ..

Senin, 10 Februari 2014

Layani Lelaki Lebih Tua Gadis Dirotan 100 Kali

 Mahkamah  di Maladewa menghukum seorang gadis berusia 16 tahun dengan rotan sebanyak 100 kali serta tahanan rumah selama delapan bulan, lantaran berhubungan seks dengan  lelaki yang lebih tua, pada (3/9/2012), waktu setempat.

Di hadapan perbicaraan ia telah mengaku berhubungan seks dengan seorang lelaki berusia 29 tahun. Lelaki itu juga dijatuhi sanksi hukum atas perbuatannya. Ia dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun, dalam sidang yang digelar di hari Minggu (2/9/2012).

Pasangan itu tertangkap  melakukan hubungan suami isteri itu di atol Raa, sekitar 200 kilometer (125 mil) utara ibukota pulau Male.

Kerana usianya yang dinilai masih di bawah umur, maka gadis itu akan menjalani hukumannya, setelah mencapai usia 18 tahun. Seperti diberitakan oleh Dailymail, Selasa (4/9/2012).

Keputusan mahkamah itu dinilai mengundang kontroversi, pasalnya Ketua  HAM PBB, Navi Pillay telah meminta Maladewa untuk meniadakan hukuman rotan bagi perempuan yang melakukan seks di luar nikah.

Dalam kunjungannya ke Maladewa 10 bulan lalu, Pillay mencatat bahawa Pemerintah Maladewa harus lebih melindungi perempuan. (dailymail)
 TRIBUNNEWS.COM
ReadFull Article ..

Sabtu, 08 Februari 2014

Alasan Jam Orang Indonesia Seperti Karet



[imagetag]

(jelajahunik.us) Kengaretan muda-mudi kita memang sudah memasuki fase yang sangat mengkhawatirkan.

Janjian jam berapa, eh berangkatnya jam berapa. Udah gitu ujung-ujungnya nyalahin macet. Ya emang macet suka bikin kita telat sih, tapi kalau janjian jam 10.00, ya jangan berangkat jam 10.30 juga! Itu mah garansi pasti bakal telat woooii!!! Duh kok jadi marah marah gini.

Nah, MBDC akan menjelaskan ke Ente beberapa alasan kenapa temen-temen Ente, atau bahkan Ente sendiri, suka telat.

1. Waktu Pulau

Apa sih "waktu pulau" itu? Waktu pulau adalah metode bikin janjian yang emang nggak nyebutin waktu yang spesifik, Ente pasti pernah deh janjian kayak gini. Contohnya: "Oke deh, ntar maleman ya kita ketemu."

Maleman itu jam berapa? Kan nggak disebutin tuh jamnya. Jadi kalau Ente janjian kayak gini dan Ente nungguin dari jam 19.00 sedangkan temen Ente baru nongol jam 23.00, Ente nggak bisa marah juga, kan emang janjiannya "maleman."

Contoh janjian dengan waktu pulau yang lain adalah: "Yaudah kita ketemuan abis maghrib aja ya." Ini sangat amat salah. Di samping kental dengan unsur SARA, bisa jadi yang Ente ajak janjian itu nggak tau maghrib itu jam berapa. Jangan marah kalau dia baru nongol jam 10 malam.

2. Pasti Ditungguin

Pada dasarnya orang Indonesia itu sangat toleran. Sayangnya, toleransi ini juga diaplikasikan pada keterlambatan. Emang sih maksudnya baik, cuma kadang orang tuh kalau dibaikin terus jadi nggak merasa kalau salah.

Contoh yang paling konkrit adalah ketika Ente merencanakan jalan-jalan ke pantai bareng temen-temen Ente, janjian jam 8 pagi di tempat yang sudah ditentukan sebelumnya. Nah temen Ente ada yang baru bangun jam 8. Apakah Ente tega meninggalkan dia? Dari pengalaman yang dulu-dulu sih temen Ente ini pasti ditungguin. Ngaret deh jadinya.

3. Yang Lain Juga Ngaret

Alasan yang ke tiga ini merupakan dampak dari dua alasan diatas. Dua alasan diatas memungkinkan seseorang untuk datang tidak tepat waktu, dan pasti ada aja orang yang nggak datang tepat waktu. Mengetahui hal ini, Ente jadi tergoda juga untuk tidak datang tepat waktu.

Biasanya sih yang terlintas di pikiran Ente kurang lebih seperti ini: "Kalo aku datang tepat waktu, paling cengo di sana nungguin yang lain. Rada nelat dikit aja kali ya?". Semua mikir kayak gini ya semua jadi telat lah.

Nah kalau semua orang mikir kayak gini, mending nggak usah janjian sekalian aja deh..

4. Dateng Terakhir Itu Keren

Biasanya dalam acara-acara seperti pesta ulang tahun atau prom atau acara sejenisnya, anak-anak yang dianggap keren itu datengnya telat. Yang dateng duluan itu biasanya yang dianggap culun gitu.

Kalimatnya biasanya gini: "Haaaaah? Ngapaaaiiiin lo jam segini udah berangkat? Mau ngepel dulu? Hihihihihihi." Ya lumayan annoying sih emang. Bikin males dateng tepat waktu.

Nah kalo Ente biasanya kenapa nggak tepat waktu?

Sumber

#bcfda5
ReadFull Article ..

Jumat, 07 Februari 2014

PRU13 Pas optimis tawan Putrajaya


Wartawan Sinar Harian
var dateEG = "July 6, 2012" var tarikhBM = tukarTarikh(dateEG); document.write(tarikhBM); 6 Julai 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
TANJONG KARANG - Pas bersama Pakatan Rakyat (PR) optimis sekiranya diberi peluang untuk mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), rakyat akan hidup lebih selesa berbanding di bawah Barisan Nasional (BN).

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Idris Ahmad berkata, agenda PR masih tidak berubah dan tetap akan menurunkan harga minyak, yang juga keperluan asas kepada rakyat selain menghapuskan tol.

“Bagi golongan pelajar pula, PR tetap akan menawarkan pelajaran percuma daripada sekolah rendah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) selain elaun khas sebanyak RM500 sebulan untuk golongan pendidik.

“Elaun bulanan itu sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang bertungkus-lumus mendidik anak bangsa dan tawaran ini tidak mustahil dapat direalisasikan jika PR diberi peluang untuk mentadbir Putrajaya.

“Kita ambil contoh di negeri ini sendiri, sebaik sahaja PR mentadbir rakyat dapat menikmati pemberian 20 meter padu air secara percuma dan pelaksanaan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) serta Skim Mesra Usia Emas (SMUE),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir menyampaikan ceramah isu semasa di pekarangan rumah bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Melaka, Othman Samsudin anjuran Pas Kawasan Tanjong Karang di sini.

Beliau turut menjelaskan, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 itu hanyalah pemberian ‘one off’ untuk memancing undi orang kampung supaya mereka menjadi penyokong Umno dan BN.

“Bantuan terbaru disediakan untuk keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah diberikan bantuan yuran pra sekolah membuktikan Kerajaan PR mampu jika sekiranya diberi peluang mentadbir negara,” katanya.
ReadFull Article ..

Kamis, 06 Februari 2014

Pemandu Teksi Yang Dibelasah Meninggal Dunia


Takziah buat keluarga Hiew Chen Guang yang meninggal dunia petang semalam.

Beliau telah berada dalam keadaan koma selama seminggu selepas dibelasah oleh seorang penunggang motosikal.

Mengikut anaknya Chun Wei, bapanya mengalami pendarahan dalaman dalam kepala ekoran ditumbuk berkali-kali.

Warga emas itu dipukul apabila mendiang sedang memandu teksi di Jalan Kelang Lama kira-kira pukul 7 pagi pada 30 September lalu.

Pemandu teksi tersebut yang berumur 66 tahun dikatakan terlanggar seorang penunggang motosikal di hadapannya.

Seorang saksi dilaporkan berkata mangsa kemudiannya diserang oleh seorang penunggang motosikal yang lain.

Diminta sesiapa yang menyaksikan serangan tersebut untuk tolong bantu polis dalam siasatan mereka. Nombor talian panas Bukit Aman ialah 03-2031 9999; nombor Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur ialah 03-2146 0585.

(Sumber: The Star Online Dan Blog Helen Ang)
ReadFull Article ..

Rabu, 05 Februari 2014

Wanita Digigit Ular Diperap 3 Bulan Dalam Wain


Nasib malang dialami wanita bernama Liu di Shuangcheng, wilayah Heilongjiang, China Utara.

Liu terpaksa dikejarkan ke hospital apabila terkena gigitan ular yang telah pun diawet selama tiga bulan.

Peristiwa ini terjadi ketika Liu hendak membuka botol wain yang telah diisi dengan seekor ular. Ular tersebut memang sengaja dimasukkan untuk membuat ramuan wain yang dipercayai dapat mengubati penyakit rematik.

Awalnya, Liu bercadang untuk menambah alkohol ke dalam botol minuman itu. Malangnya, ular yang dibeli dan dimasukkan ke dalam botol tersebut sejak Jun lalu rupa-rupanya masih hidup.

Akibatnya sebaik sahaja botol dibuka, ular itu langsung melompat dan menggigit tangan Liu.

Ini bukan kali pertama kes sebegini terjadi di China melibatkan ular yang menjadi ramuan wain.

Pada 2009, seorang penduduk di Daerah Hubei digigit ular dalam kejadian serupa manakala pada 2001, seorang penduduk kampung Guangxi Zhuang menemui ajal disebabkan hal ini. – REM RAMZI

Sumber: globaltimes.cn
ReadFull Article ..